FORUM RULES!Disini saya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang peraturan berforum dan peraturan keahlian Snap Malaysia.com
1) Kepada sesiapa yang mendaftarkan diri di forum ini secara tak langsungnya akan menjadi ahli tak rasmi SnapMalaysia.com
2) Forum ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Ianya adalah bertujuan untuk membantu masyarakat/ rakyat Malaysia untuk sama-sama kongsi pengetahuan tentang bidang fotografi sebagai hobby & perniagaan, berhibur serta berkenalan dengan sahabat2 baru disini.
3) Ketika berforum, tidak dibenarkan meletakkan perkataan, gambar lucah (biru) gambar-gambar separuh bogel atau gambar-gambar yang boleh menyentuh menyinggung sesetengah pengguna.Police forum boleh memberi amaran & delete dengan serta merta mana-mana gambar yang difikirkan tidak sesuai.
4) Forum/topik hendaklah kena dengan tajuk yang diberi. Tidak boleh pos topik pada ruangan yang salah. (Hijack) Ia bertujuan memudahkan pengguna.
5) Tidak dibenarkan mengiklankan link promosi dalam topik (gunakan signature atau PM) kecuali info link yang memberikan sumber yang berguna berkenaan fotografi / videografi dan permasalahannya.
6) Ahli forum ditegah sama sekali mengapi-apikan semua ahli SnapMalaysia.com Police Forum boleh delete posting tersebut dengan serta merta tanpa sebarang notis. Jika keterlaluan anda boleh di kenakan tindakan disiplin atau di "ban" tanpa sebarang notis.
7) Ditegah membuat ulasan boleh menjatuhkan atau mempersoalkan imej SnapMalaysia.com. Jika ada perkara yang tidak puas hati bolehlah terus email ke
webmaster@snapmalaysia.com .Tindakan Ban dengan serta merta boleh dikenakan kepada ahli yang membuat provokasi atau huru-hara di forum SnapMalaysia.com tanpa sebarang notis.
8 ) Kepada ahli-ahli SnapMalaysia.com yang dikasihi,disini kita menggunakan Bahasa Malaysia & English dan bahasa rojak boleh digunakan. (BM+English)
9) Didalam forum ini, setiap ahli boleh meletakkan video dari youtube dengan cara,(copy & paste) link youtube seperti ini:http: / /www. youtube.com / watch?v=2ECSjd-h2RM Pastikan berada didalam topik yang sesuai untuk memudahkan pengguna.
10) Pihak pengurusan SnapMalaysia.com tidak akan bertanggungjawap diatas sebarang kerugian,kerosakkan,kecederaan yang dialami semasa menggunakan forum ini.
11) Sila lengkapkan butir-butir peribadi di dalam profile.
12) Ahli dinasihatkan supaya memperkenalkan diri dulu di ruang Perkenalkan Diri.Sebelum menggunakan board Iklan. Ini supaya semua ahli disini dapat mengenali anda dengan lebih dekat. Gambar barangan dan harga wajib disertakan untuk kemudahan pengguna. Forum Police boleh delete mana-mana iklan yang tidak mempunyai gambar & harga tanpa sebarang notis.
13) Hanya Sponsor SnapMalaysia.com dibenarkan mengiklankan link dimana-mana board didalam forum.
14) Dilarang melakukan SPAM. Smiley kosong yang tidak mempunyai perkataan akan dianggap sebagai SPAM dan Forum Police boleh summon -1 & delete dengan serta merta.
15) Dilarang membuat provokasi agama didalam board Sembang-Sembang.
16) Dilarang membuat penghinaan kepada sesama ahli, kelab lain, menyentuh soal politik atau pun sebarang perkataan yang boleh menyinggung pihak lain. Police Forum boleh delete dengan serta merta tanpa sebarang notis,atau dikenakan tindakan disiplin, atau boleh di "ban" tanpa sebarang notis.
17)
Setiap gambar yang dipamirkan di board 'Photography Comment and Critique' & anda DIWAJIBKAN meletakkan settingnya sekali. Ini kerana ianya akan memudahkan pengguna mempelajari teknik2 DSLR. 18) Mengingkari arahan police forum adalah satu kesalahan dan anda sebenarnya mencalonkan diri untuk di"ban".
19) Hanya SnapMy Supporter sahaja yang dibenarkan mengiklankan banner dalam "signature"
20) Jika ahli mahu komen gambar ahli lain, sila gunakan 'PM' ke ahli tersebut. Komen didalam thread adalah dilarang sama sekali. Anda cuma dibenarkan memberi bintang
(Star) kepada gambar tersebut.
(Peraturan & Panduan Pengguna yang tertulis diatas ini telah dipersetujui oleh semua pihak pengurusan forum dan ianya boleh ditambah atau diubah pada bila2 masa yang difikirkan perlu.)
Sekian selamat berforum.
Pengurusan,
SnapMalaysia.com